Tuesday, 30 April 2013

Dugaan Kami

Salam... Dah lama tak menulis kat sini... Sebab terlalu busy dengan kerja dan macam-macam yang berlaku.

Aku nak share sesuatu tentang apa yang berlaku lately dengan kawan2 aku di alam maya, walaupun jarang jumpa bersemuka...tentang dugaan kami.. Ingat kan cerita kami bawak Falah ke Klinik Pertuturan..Masa tu aku tergerak nak mintak diorang check telinga dia di bahagian Audiologi. Kebetulan Audiologi punya klinik mmg sebelah saje.

Dan keputusannya memang meruntun jiwa aku. Normal pendengaran 25dB da dengar. Tapi Falah hanya dengar 70 dB dan ke atas. Menangis dalam hati dan boleh dikatakan hampir setiap kali teringat je akan menangis....

Dia da dpt pun kad OKU dia, cuma aku x simpan pun. Husband yg simpan... sebab nanti kalau setiap kali nampak mesti aku menangis.
 Sekarang ni kami tengah tunggu bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk hearing aid dia. Harganya dalam 6K untuk dua2 belah telinga. Kami bukannya berkira, cuma mereka kata benda ni kalau jatuh atau kena air mudah rosak, Falah pulak tengah lasak..dan kami bukan sekaya itu bila rosak, esok boleh beli lain.
Cuma mintak bantuan ni memang lambat prosesnya. 


Kalau budak lain sebaya dia (4 thn ++) mungkin da pandai cakap 100 ribu patah perkataan, Falah x sampai 10 pun. itu pun tak betul dia sebut. 

Setelah berbincang dengan husband dan parents, aku rasa nak berhenti /cuti setahun dr bekerja dan focus pada Falah. Sebab skrg ni pun kerja da tak berapa focus... Serius... Sekolah khas ada di Kg Pandan, dan nasib baikla emak ada rumah sewa di sana. 

Hari2 aku akan hantar dan jemput dia ke sekolah khas tu, balik tu train dia lagi... Sebab Feb tahun depan dia da 5 tahun... Keputusan ni mmg berat, sebab kalau husband kerja sorang, expenses yg selama ni kami sama2 byr tu mmg da x boleh nak cover la. 

Rumah kami ni mungkin terpaksa disewakan atau jual je terus. Entah, belum fikir lagi. Sedihnya hanya Allah yang tahu, tapi aku tetap redho dan percaya semua ni ada hikmahnya.


Saturday, 13 October 2012

Klinik Pertuturan

Khamis lepas aku bawak Falah ke Klinik Pertuturan di area Titiwangsa sana. Appointment pukul 9. Malangnya lupa nak ambik gambar sepanjang sesi tu.

Tujuannya dia nak tengok tahap mana Falah ni tak boleh bercakap. Macam-macam test yang dia buat. Dan dia simpulkan tahap kefahaman Falah pada peringakat umur setahun-setahun setengah, even Falah dah nak masuk 4 tahun dah. 

Aku dan suami tak berapa terkejut, sebab tula bawak dia pergi sana.Cuma sedih je. Hati ni Tuhan aje yang tahu.....  Tolong doakan dia ye. Amin.

Saturday, 6 October 2012

Nursery dan Random


Assalammualaikum... 


Harini rajin pulak nak update blog kan. Ala yang baca pun kawan2, so bole cerita benda  personal..
 
Alkisahnya start Oct kami dah hantar Falah ke nursery. Sebab rasanya dah masa dia bercampur dengan kawan2, dia kan tak pandai bercakap lagi...cuma beberapa perkataan je kan.. lagipun ramai yg suggest mcm tu..

Malam sebelum hantar Falah tu aku siap2 kemas beg dia, dia tengokk je aku buat ape. aku cakap "Falah nanti nak gi sekolah, jangan nangis tau.. belajar pandai2 okey?"

Pagi tu dia masa hantar ke nursery Falah nangis kuat2. Maisarah rilekkk je tengok Abang dia pegi sekolah. Tapi tiba-tiba aku ni pulak yang nangis dalam kereta, sampaila ke ofis husband aku hantar. Berjurai-jurai. Poyo kann.. Entah kenapa sedih sangat. Itu pun nasib baik ada isteri kepada kawan husband kerja Nursery tu... Dia pun baik sangat...kalau tak, lagi la risau. 

Hari ni dah hari ke 3 Falah demam. Tapi sekali dengan muntah2 yg maha banyak kali... minum air kosong pun muntah. kawan2 aku cakap dia stress sebab tak biasa gi nursery. Tapi lama2 dia akan adapt. Kena jugak hantar ke nursery macam biasa untuk kebaikan dia.

Dah tido lepas muntah. 


Lemah je dia sebab masuk makanan muntah balik... Kesian tengok dia...Anyway Khamis akan datang Falah akan pergi ke Klinik pertuturan dekat area Titiwangsa sana... Doakan ye... Ni kena pergi setiap Khamis nii...

Lepas tu rasa nak lipat baju, sempat kumpul balik duit raya anak2 nak suruh hubby ku itu masukkan dalam bank. Simpan dalam rumah pun bahaya sekarang ni. Terima kasih daun keladi kepada yang bagi duit raya padan Falah dan Maisarah =)

Alhamdulillah.. sikit2 lama jadi bukit

Oh ye, bulan ni terkejut sebab tak perlu bayar bil elektrik, tak sampai RM 20. Pelik jugak walaupun sebelum ni memang tak sampai rm50, bukankah tarif dah naik? Eh dah murah pun bising kan, kekeke..

Suami aku ni penjimat jugak, dia selalu tutupkan lampu kalau aku lupa. aku pulak jenis tak suka sangat pakai air-cond walaupun dapat free masa beli rumah ni. Mak aku kata kalau jarang guna, akan cepat rosak. Betul kah?

Air cond yang berkhidmat masa cuaca sangat panas je.



Friday, 28 September 2012

Our home

Ya, aku sangat bersyukur dengan apa yang Allah beri padaku selama ni. Aku pernah tak cite pasal rumah yang kami beli? Sejak beli, aku mendapat dua komen yang rumah kami ni kecik dan tak berbaloi dengan harga yang dibayar. Sedih jugak ni. (T_T)

Aku tak pernah rasa menyesal beli rumah ni, walaupun dia kecik. Entahla, maybe sebab aku memang sayang area Serdang ni dan dekat dengan rumah mak kot. Lagipun ini je yang kami mampu kan.. hehehe.

Kalau pernah nampak bangunan Minlon dari highway, haa kat situla are rumah aku. Nampak je benda ni, masuk masuk. 



Lalu guard house ni pelawat kena soal jawab sikit kot.

Rumah kami berkonsep townhouse. Bermakna dari jauh orang nampak mcm rumah dua tingkat, padahal rumah kami yang tanda bulat tu je.(setingkat je).

Yang tanda anak panah tu jiran atas punya pintu dan balcony. Pintu dia bukak je terus tangga. Oleh itu, kami kira kongsi tanah la macam tu. Boleh bayangkan tak?

Inilah ruang tamu kami. Sebelah kerusi putih tu muat-muat utk bukak pintu.

Porch yang muat park sebijik kereta lebarnya. Model tengah bergaya. 


Area dining + dapur. Warna putih hujung sekali tu mesin basuh. Kami takde tempat laundry khas ye. Harap maklum. 

Ni la kitchen saya yang tak berapa luastapi saya boleh je adapt untuk memasak, walaupun weekend je berasap. wakaka.


Bilik utama. Memang diakui tak besar macam master bedroom rumah lain. 


Ni bilik kedua. Bersepah pulak.

Pintu kecik tu adalah stor simpan barang2 yang aku pun tak tahu apa dalam tu. 


Dekat area dining tadi. Meja ni abah aku yang bagi. aku siap ingat meja ni tak muat nak masuk lagi. 


Kesimpulannya rumah ni ada 3 bilik, bilik last tu jadi store barang2 besar. Dan kesimpulannya ia adalah seperti apartment tapi landed (atas tanah). Doakanla satu hari nanti kami dapat beli rumah yang besar gedabak pastu aku tak nak kemas. Malas. 

Emo kannnn. 


Okeyla, habis sudah mood rajin. 

Update Sudaaa


Assalammualaikum... Wahh rasa memang lama sangat tak update blog ni... bukan apa, rasa malas sangat sangat tau.. Oh ye kepada yang sudi datang ke rumah kami yang tak seberapa ni masa hari raya yang lepas terima kasih daun keladi tau. Sila datang lagi ye. Suke sangat... 


Okey let's just start with the latest-going-on-thing. Here it is: New job at new place. Again. Alhamdulillah, thanks to Allah for this rezeki. I believe He knows what's the best for me and for everybody. I'll just keep praying, insyaAllah. 


Tada.... my new ID card
Tak boleh blah still guna gambar 4 tahun lepas. Bajet sangat kan. (^^,)/

Ye, saya sangat jakun sebab tak payah punch card lagi pergi dan balik kerja. Cuma touch je card ni pada pintu. Tapi kalau lupa bawak habisla, nak pergi tandas pun kena lalu dua pintu...


Sekali lagi jakun sebab mesin fotostat kat sini ada 'Log In ID'. Setiap orang ada ID masing-masing untuk fotostat dan print. So takdela istilah serkap jarang berlaku pembaziran A4 ke, apa ke. terus boleh trace siapa culprit tu. 

Mulanya School of Allied Health Sciences dibuka di Kota Damansara, tapi sekarang ni akan run sepenuhnya di Petaling Jaya (HQ). Nasib baik, sehari je saya pergi ke Damansara. Office sekarang hanya 4km je dari office husband. Oleh itu, beliau dengan rasminya jadi tukang hantar dan balik kerja saya hari-hari.Wakaka.


Eh baru sedar tiba-tiba ber'saya-saya'. Takpe, lebih sopan kan. 


Disebabkan nak pindah, kami buat inventory untuk Lab. Wahhh kagum gila barang untuk Safety and Industrial Hygiene sangat lengkap. Saya bagi rating 4.8 bintang. 


PPEs- earmuffs, respirators. Apa benda ni? Sila google.

PPEs. Siap ada kaki retort atas tu, lab lain punya. Eh betul ke nama dia kaki retort ha.

All the Industrial Hygiene equipments. Banyak sangat dan complete.

Head of Dept yang sporting dan lecturers yang gorgeous. 

 Ergonomic chair. Ada 3 bijik semuanya. 
 errr skeleton ni untuk subject Anatomy. Encik yang naked tu tak tahu tujuan dia berdiri kat situ.
 Ni yang lastt sekali sempat ambik gambar. Audiometric booth. hohohooo. Hanya yang belajar OSH je tahu apa benda ni, kan...

Haritu ada jamuan Hari Raya, tapi lupa ambik gambar. Cuma sempat ambik gambar buat bintang beramai-ramai.
 ni kawan saya. nama dia Dila. 
 Secara ringkasnya setakat ni saya happy dengan environment baru dan harap sangat dapat belajar banyak benda baru. Tak sabar rasanya. Kelas akan start mid Oct ni. Short semester, so I'll be damn busy. 


Okeyla, tak dapat nak tulis lagi, sebab mata dah nak tutup je ni, padahal banyak je cerita tau...Husband pun dah jeling semacam je sebab dok mengadap laptop dari tadi. 
Naj tunggu dia tanya tak, "Chatting dengan sapa tu?" macam hari tu. Har har jelous rupanya, tapi mana ada orang nak kat perempuan gemuk ni?

Monday, 2 July 2012

Anak Daraku


Suami saya sangat determined nak nampakkan anak dara dia adalah seorang perempuan, belikan gelang kaki jenama Pasar Malam kerana belikan hairband Maisarah selamba buang entah ke mana. 

Kalau takde gelang dan tak pakai dress, adekah nampak seperti dara sunti??? Sila bagi komen.

 Huuu~~~~

Monday, 25 June 2012

Telefon saya

Aku adalah penasihat kewangan kepada suami, dan suami pula adalah penasihat aku. Normal kot, semua pasangan pun macam tu. Ye ke?

Tahun lepas pernah bercadang nak beli telepon baru, tapi suami cakap "Sabar la, iPhone tu kan okey lagi" Huh tegar sungguh kannn. Tapi bila sampai tahap skrin dia few seconds hilang, pastu ok balik.. inilah masanya...wahaha. Kira iPhone ni boleh dipuji la sebab da berapa kali jatuh la ape, masih bernyawa. Nasib baik ko ade 9 nyawa noks.


 Takut kejadian sama berulang lagi, contacts semua tak dapat diselamatkan. Asik2 orang SMS kena tanya "sapa ni?" Annoying gila kan. So beli ni pun untuk back-up plan (kononnya).

Setelah buat research dan tanya keliling sana-sini, mula-mula suka gila hp ni. Adik aku pun pakai. Kawan aku ciare pun cakap ia praktikal untuk calling2 walaupun saiz besar.

Cool kan?? Tapi setelah berdiskusi buat sekali pembentangan bajet 2012 dengan suami, akhirnya tak jadila beli engkau, Encik Galaxy Note. Nanti ada rezeki lebih barula beli. Sedih (T_T) Kalau nak main game, iPhone ni bole lagi walaupun da nazakk. huu~~~...


So aku bersyukur beli hp ni je.  Janji nak touch screen jugak. Haa~

Ok la, janji boleh bermuka buku. Harga pun takdela mahal benau. I choose white. Tak kisah la orang cakap out-dated ke ape. iPhone aku tu pun 3G je ponn, tak lama lagi nak iphone 5 dah. Gila zaman purba.


Teringat tefon aku masa dulu2. Masa menggedik2 balas SMS semua kan, main miss call2 la. Haha geli je.

I love you forever. Game yang famous : Snake. Sapa tak pernah pakai hp ni?


Ni pun legend. Jakun masa ni beli hp skrin warna2. Samsung. Laki aku sekarang rilekkk je pakai hp takde warna.

Dia cakap "Handphone abang ni paling terror, jatuh dari motor berderai atas jalan masih boleh pakai. Faizah ade?" Cissss.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...