Showing posts with label my children. Show all posts
Showing posts with label my children. Show all posts

Saturday, 13 October 2012

Klinik Pertuturan

Khamis lepas aku bawak Falah ke Klinik Pertuturan di area Titiwangsa sana. Appointment pukul 9. Malangnya lupa nak ambik gambar sepanjang sesi tu.

Tujuannya dia nak tengok tahap mana Falah ni tak boleh bercakap. Macam-macam test yang dia buat. Dan dia simpulkan tahap kefahaman Falah pada peringakat umur setahun-setahun setengah, even Falah dah nak masuk 4 tahun dah. 

Aku dan suami tak berapa terkejut, sebab tula bawak dia pergi sana.Cuma sedih je. Hati ni Tuhan aje yang tahu.....  Tolong doakan dia ye. Amin.

Saturday, 6 October 2012

Nursery dan Random


Assalammualaikum... 


Harini rajin pulak nak update blog kan. Ala yang baca pun kawan2, so bole cerita benda  personal..
 
Alkisahnya start Oct kami dah hantar Falah ke nursery. Sebab rasanya dah masa dia bercampur dengan kawan2, dia kan tak pandai bercakap lagi...cuma beberapa perkataan je kan.. lagipun ramai yg suggest mcm tu..

Malam sebelum hantar Falah tu aku siap2 kemas beg dia, dia tengokk je aku buat ape. aku cakap "Falah nanti nak gi sekolah, jangan nangis tau.. belajar pandai2 okey?"

Pagi tu dia masa hantar ke nursery Falah nangis kuat2. Maisarah rilekkk je tengok Abang dia pegi sekolah. Tapi tiba-tiba aku ni pulak yang nangis dalam kereta, sampaila ke ofis husband aku hantar. Berjurai-jurai. Poyo kann.. Entah kenapa sedih sangat. Itu pun nasib baik ada isteri kepada kawan husband kerja Nursery tu... Dia pun baik sangat...kalau tak, lagi la risau. 

Hari ni dah hari ke 3 Falah demam. Tapi sekali dengan muntah2 yg maha banyak kali... minum air kosong pun muntah. kawan2 aku cakap dia stress sebab tak biasa gi nursery. Tapi lama2 dia akan adapt. Kena jugak hantar ke nursery macam biasa untuk kebaikan dia.

Dah tido lepas muntah. 


Lemah je dia sebab masuk makanan muntah balik... Kesian tengok dia...Anyway Khamis akan datang Falah akan pergi ke Klinik pertuturan dekat area Titiwangsa sana... Doakan ye... Ni kena pergi setiap Khamis nii...

Lepas tu rasa nak lipat baju, sempat kumpul balik duit raya anak2 nak suruh hubby ku itu masukkan dalam bank. Simpan dalam rumah pun bahaya sekarang ni. Terima kasih daun keladi kepada yang bagi duit raya padan Falah dan Maisarah =)

Alhamdulillah.. sikit2 lama jadi bukit

Oh ye, bulan ni terkejut sebab tak perlu bayar bil elektrik, tak sampai RM 20. Pelik jugak walaupun sebelum ni memang tak sampai rm50, bukankah tarif dah naik? Eh dah murah pun bising kan, kekeke..

Suami aku ni penjimat jugak, dia selalu tutupkan lampu kalau aku lupa. aku pulak jenis tak suka sangat pakai air-cond walaupun dapat free masa beli rumah ni. Mak aku kata kalau jarang guna, akan cepat rosak. Betul kah?

Air cond yang berkhidmat masa cuaca sangat panas je.



Monday, 2 July 2012

Anak Daraku


Suami saya sangat determined nak nampakkan anak dara dia adalah seorang perempuan, belikan gelang kaki jenama Pasar Malam kerana belikan hairband Maisarah selamba buang entah ke mana. 

Kalau takde gelang dan tak pakai dress, adekah nampak seperti dara sunti??? Sila bagi komen.

 Huuu~~~~

Tuesday, 19 June 2012

Main kaler-kaler


Recently belikan Muhammad Falah pencil colour.. Kononnya nak biar dia belajar mewarna and ajar dia pasal warna. Mula-mula dia ikut je, last2 dia conteng2 sampai dinding-dinding sekali.... Sabar je laaa...

Tekun kan?? Suka dia main kaler-kaler. Err abaikan background bersepah tu ye.


selepas 10 minit...

Mula la dia main conteng-conteng... tak perasan dia siap conteng dinding jugak. Biasala kan, budak-budak. Dulu aku menconteng dinding lagiiiii dahsyat. Sayang, tak ambik gambar hasil seni aku tu..haha


Hasil main kaler-kaler bersama Falah. Ada la sikit-sikit aku yang kalerkan. Haha.
Pastu aku tampal sticker ni kat dinding nak cover kesan contengan anak bujang aku ni.


Husband aku cakap "mcm rumah orang india", sebab macam mural yang lukis2 tu. Ah lantaklah, nanti lama2 kopek je laaaa (alasan). Meja tulis dia pun alih ke tempat lain buat kali ke-28 (T_T)


Nampak tak merah-merah kat bawah bibir Falah? Bibir dia pun kering dan merah. Takut HFMD tu je, bahaya...Nasib baik doktor cakap takda apa-apa. Cuma faktor cuaca kering dan kena minum air banyak, dan kena apply pelembab.

 

Sunday, 29 April 2012

OSH Seminar and ABC

Last week my colleagues and I attended a Seminar at NIOSH, Bangi in conjuction of OSH day on 28th April every year.

We arrived at about 8.30 am. My fellow lecturers (Nadzirah, Aishah, Rosita, Bavani, Carmen) are all interested to be a part of the event as the topic of the seminar is related to Green Economy . They really have passion and eager in gaining new knowledge. My friend Nadzirah even want to pursue her study in Environment. I really adore her. 

Complete set of IMPERIA Institute of Technology's lecturers. From left: Ecah, Nadzirah, myself, Carmen and Bavani. Camerawoman: Ms Rosita. Seriously I need to reduce some weight. Ehh lari topik. 

Mdm. Bavani (Senior Lecturer) and Ms Rosita. (Taken from Ms. Rosita's blog). Given permission to do so. hehe.  




Dr. Khesson, s speaker from Thailand


All  of us agree that the presentation from SIRIM was the best. The presentation skill and even the slides was superb. I was happy when Tan Sri Lee Lam Thye (NIOSH Chairman) gave his speech in Bahasa Melayu and English. He also encourages OSH to be introduced to schools as the students are our next generation. 


Tan Sri Lee Lam Thye planted a tree as a symbol to Green Economy, Green Jobs and decent jobs. 



Ohhhh i totally forgot to snap a picture of the foods provided. They are super yummy, especially the vanilla muffin. Betolll tak tipu...I wish to attend other seminar in the near future. Very valuable and informative. 




Later that night, my husband and I hanged the ABCs and 123 that my boss (Head of Academic) gave me. She paint them herself for her son, but since her son is already 9 years old, she decided to give them to me. Sangat terharuuu okkkk...She is very talented and of course rajin! 


Cantik kan???


Study, study. Never been happier. What a bless. p/s : Alphabet tu beli kat POPULAR. Hehe




Peaceeeee ;p Pantang nampak kamera. Yang pakai kain pelikat tu pun sama je




Study and gaduh sekali. My precious. 




Friday, 27 April 2012

Long Holiday

Last week I managed to replace my leave, so it's a long holiday for me. Yeay! Mestilah perkara yang bermain2 di fikiran adalah 


"Nak pergi mana yeee???"


Aktiviti asal adalah berileks2 di rumah dan bermain dengan anak-anak, sambil marah-marah bila mereka degil. hoho. 

Sebenarnya truck kuning tu bukan untuk diduduki, Maisarah dah salah gunakannyeee (T_T). 


Malam tu ajak husband jalan-jalan gi JUSCO Balakong. Tak beli pape pun, makan-makan je. Tunggu gaji masuk la.... kering kontang poketku. Hahaha~


Tengok tu, adeeee je aktiviti dia. Masa ni tengah tunggu turn husband lak Solat Maghrib. Semput jadinya. 


Bilalah rambutnya nak panjang ni sayang oiiii? Tak sabar nak ikatkan ponytail. Hehehe.  Abahnya siap belikan gelang kaki tiruan sebab nak nampakkan dia girl. Boleh?


Sesi mengacau orang kat meja belakang. 


Adik join sekali. Masa ni terasa lama betul laki aku solat.  Ape solat Isyak sekali ke, Banggggg????


Kitorang window2 shopping jeee sambil melayan anak2 yang sibuk semua barang nak pegang-pegang. Pastu kita minum dululah !!!!!!!

Oooppsss sebelum tu lupa la haritu ade beli Wall deco untuk bilik anak2 (even dorang x tido bilik ni sebab dah pernah jatuh katil). Main lekat2 je, and dorang happy lekatkan bintang2 tu. 


Nampak macam lukisan kan? Kan? 

p/s: Almaklumlah beli je majalah hiasan dalaman, tapi nan adoooo. Tetap tak pandai. Hahaha. 


Wednesday, 18 January 2012

Bercuti secara percuma di Bukit Gambang Resort City


Hoho it's been a long time since I wrote something here. Berhabuk sudahhhh. Puuff pufff.  Last month (7th Dec 2011 to be exact), we are invited to the company's annual dinner. It was held at Bukit Gambang. Our Big Boss is the owner of the resort. Wallawehhhhh. Terbayang tempat ni mesti best. Ok nak buat laporan ringkas.

Who else yang camwhore dalam family ni, kalau bukan Muhammad Falah?? hew hew. Kami berkonvoi 4 buah kereta ke sana. Leader konvoi adalah Puan Marina, Programme Manager untuk Real Estate course.  Vroom vrooom


Kitorang diberitahu boleh check-in pukul 12, so kitorang bertolak pukul 9 dan sampai tepat2 pukul 12. Nasib baik aku terus dapat bilik, kawan2 ada yang dpt kunci hampir pukul 3. Can you imagine?? Kesian depa. Aku dapat family suite. Kalau yg tak kawen lagi dapat studio suite kalau tak silap. 

Pukul 3 dorang organize trasure hunt, tapi tak compulsory untuk join. So plan aku adalah berilek-rilek melayan pemandangan. 


Jomm terus masuk bilik, eh eh. 

Ni adik pulak yang enterframe. Jakun sungguh anak2 aku, berjalan je tak berenti dapat masuk bilik ni. 

Pandangan separuh bilik pertama. 

Pandangan separuh jugak bilik air. Ada shower je with water heater, takde bath tub okk. Jangan terlalu mengharap. Ada 2 bilik ye, bilik lagi satu tak ambik gambar. 

Tempat membancuh kopi. 


Ruang tengok tv. 


Ni adelah apa yang kami pekerja dapat free. Fun fair (tak sempat pegi), water park dan breakfast besok pagi. Lunch besok pandai2 sendiri. Malam kang dah dinner so simpan perut ye. 


Tetamu terhormat. Tema adalah 70's. Seperti biasa aku pakai mmg sempoi. Itupun aku gi jugak beli baju, sebab rasa macam kawan2 aku semua beli baju kannn. Haha. Walaupun tak berapa menepati tema, tapi puas hati makan malam tu sedap gak. Hidang tauuuu. 


Oh no pic of me. Malu malu kucing. Malam tu kami buat persembahan fashion show. Kak Aishatur sangat sporting, sarat2 mengandung pun join jadi pengacara untuk fashion show tu. 

Malam tu ada presentation about company kitorang, SENTORIA. Terus laki aku bising2, "kenapa tak beli IPO shares haritu? Rugi rugi" Company bagi harga baikkk punya sebelum masuk ke Bursa Saham. Err sorryla bab-bab saham ni I memamg tak pandai la. So redho je la, dateline submit form pun dah lama lepas. 


Of course ada lucky draw.. hadiah utama tv flat screen 42", kedua iPad2, ketiga camera Canon kot. Tapi kamera la. Sayangnya aku tak menang. Takpe, cuba lagi tahun depan. 

Pagi2 lepas brakfast terus ke water park. Gelojoh tak? Kat sini kalau kanak2 bawah 90 cm, dapat masuk free tauu.

Hero-hero tengah cari port best nak berendam.

Ni port pertama. Kitorang tak gi jauh2 pun, budak berdua ni takut air pulakkk. Bila ikan piranha atas tu jatuhkan air je, dia nangis sekuat hati. So cari port lain.


Oh ye boleh sewa pelampung kat sini. Sorry ye dik, acik tersnap punggung awak. 

Tempat ni namanya Coco Beach. Memang ada pasir pantai. Nampak tak tu? Sekali sekala akan datang ombak membelah pantai. Masa ni tak ramai lagi. Best la kat sini. 

Boleh main bola tampar pantai gak. Okeyla aku pun tak round sangat sebab ada dua askar ni. banyak lagi yang boleh explore (kalau ada rezeki tahun depan). 

Husband aku memang seronok gila mengalahkan anak2 dia lagi. Aku confuse tetiba. Baiklah, sekian saya melaporkan. 

Gambar penutup. 

Sunday, 30 October 2011

Dyslexia


We (my husband and I) have been worried so much as Falah, our son can't say a word even he is now 2 years and 9 months old. sigh. We managed to see a doctor, but he said some toddler might have a problem, and some might be too lazy to talk. He advised us to wait until Falah is 3 years++. "give him some time"

Muhammad Falah, Abah dan Ibu sayang Falah sangat. 


So, we will wait. But, for the meantime kenalah ada usaha sikit kan. Everyday we talk with Falah, konon nak ajak dia chit chat. He replies with his alien words again. huhh. Nevermind. We decided to see Harun Din at Bangi. Untuk berjumpa beliau, syaratnya adalah kena solat Subuh di sana. okey okey*bersemangat.


A few days ago, I watched Malaysia Hari Ini and they discussed a topic on 'Dyslexia'. Children who have problems in learning at school. Can't read properly and always labelled as 'playful'.

One of the symptom: late talkers. omg. T_T. Seriously, I cried.


Google2 pasal dyslexia, jumpa site ni. http://www.dyslexia-parent.com/dyslexia_millionaires.html
Mereka kata orang popular juga ramai dislexic. Believe me, I'm not happy with this. Cuma mahu supaya anak2 adalah normal seperti yang lain. 

Please pray for my son too. 

Gembira main dua orang. 

Tuesday, 25 October 2011

Wordless Wednesday

Happy Deepavali. Eh it's supposed to be wordless. hew hew

Saturday, 22 October 2011

Coret2 si pelupa



Salam. Ceritanya nak sign in blog lama tapi tak boleh sebab lupa password. OMG. Lepas bersalin maisarah aku memang jadi spesies pelupa, Kronik jugak. Sampai kunci kereta tertinggal kat kantin. password for applestore pun aku lupa. So tak bole install anything dah. T_T. Laki aku cakap "jangan lupa jalan balik rumah sudah" .. itu aku tak lupa la, kecualiiii si suami buat hal yang membengangkan keeeee. *tiba tiba


Actually i have been 'working' as a housewife-with-two-children for two months. i have resign from my previous company before raya and will start at new place this 1st november. of course i am feeling super duper nervous, macam2 main kat kepala, like "macam mana kalau kawan2 tak best?" or "macam mana kalau bos menbencikan" or "what if i can't meet their expectation?" but this is something that i have to go through. takkan nak stuck at one place sampai bila2 kan?


last week i experienced (once again) sakit perempuan disebabkan anak daraku itu berhenti menyusu badan secara tiba2 dengan sendirinya. wallllaahhhh satu malam tak boleh tidur and suddenly aku menangis, *ngada ngada. haha. lama okeyy nak baik. nasib baiklah tengah tak kerja. but still, all the house chores have to be done by who else if not me? T_T


eh kenapa i feeling2 tulis campur2 malay english ni. maaf ye, nanti company baru ni boss cina, so i feel like practising sikit lah.  okeylah nak la letak gambar sikit-sikit. Nah ambik ko. 


 this is fatimah maisarah, anak daraku yang sudah pandai cium pipi, tepuk tangan, mintak makanan. tapi kurus? metabolisme tinggi kot. ade ke baby metabolisme tinggi?*alasan.  ok tunggu end of this month timbang berat lagi.



falah being lazy on bed. hehe. kesian. abah dia tak approve dia tidur atas katil sebab dia tidur sangat lasak. 


tengok si baju oren tu, macam joyah tengah surf gossip artis je. 


suami selama 3 tahun sekarang. 

  • husband aku ni sangat penyabar. ko pesan dia beli barang, tup2 bila dah balik, "alamak bang lupa la cili kering da habis", dia cool je "takpe, jap lagi abang gi beli". 
  • dia ni lactose intolerance. Macam tu la bunyinya kott. kalau dia minum susu tiba2 tu, faham2 je la dia ade masalah nak membuang. "tidak perlu lagi julap" -iklan susu.
  • kalau sakit kesabaran dia hilang. don't ask anything, nanti dia marah. Diam je. Diam. Diam. hehe *terbayang kalau dah tua nanti kena marah jaga suami yang sakit, kena baling pinggan, dulang, etc.    Tula suka sangat tengok cerita nangis2!

p/s: tu imaginasi je, tak baik berprasangka buruk kat suami. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...