Monday, 25 June 2012

Telefon saya

Aku adalah penasihat kewangan kepada suami, dan suami pula adalah penasihat aku. Normal kot, semua pasangan pun macam tu. Ye ke?

Tahun lepas pernah bercadang nak beli telepon baru, tapi suami cakap "Sabar la, iPhone tu kan okey lagi" Huh tegar sungguh kannn. Tapi bila sampai tahap skrin dia few seconds hilang, pastu ok balik.. inilah masanya...wahaha. Kira iPhone ni boleh dipuji la sebab da berapa kali jatuh la ape, masih bernyawa. Nasib baik ko ade 9 nyawa noks.


 Takut kejadian sama berulang lagi, contacts semua tak dapat diselamatkan. Asik2 orang SMS kena tanya "sapa ni?" Annoying gila kan. So beli ni pun untuk back-up plan (kononnya).

Setelah buat research dan tanya keliling sana-sini, mula-mula suka gila hp ni. Adik aku pun pakai. Kawan aku ciare pun cakap ia praktikal untuk calling2 walaupun saiz besar.

Cool kan?? Tapi setelah berdiskusi buat sekali pembentangan bajet 2012 dengan suami, akhirnya tak jadila beli engkau, Encik Galaxy Note. Nanti ada rezeki lebih barula beli. Sedih (T_T) Kalau nak main game, iPhone ni bole lagi walaupun da nazakk. huu~~~...


So aku bersyukur beli hp ni je.  Janji nak touch screen jugak. Haa~

Ok la, janji boleh bermuka buku. Harga pun takdela mahal benau. I choose white. Tak kisah la orang cakap out-dated ke ape. iPhone aku tu pun 3G je ponn, tak lama lagi nak iphone 5 dah. Gila zaman purba.


Teringat tefon aku masa dulu2. Masa menggedik2 balas SMS semua kan, main miss call2 la. Haha geli je.

I love you forever. Game yang famous : Snake. Sapa tak pernah pakai hp ni?


Ni pun legend. Jakun masa ni beli hp skrin warna2. Samsung. Laki aku sekarang rilekkk je pakai hp takde warna.

Dia cakap "Handphone abang ni paling terror, jatuh dari motor berderai atas jalan masih boleh pakai. Faizah ade?" Cissss.

Tuesday, 19 June 2012

Main kaler-kaler


Recently belikan Muhammad Falah pencil colour.. Kononnya nak biar dia belajar mewarna and ajar dia pasal warna. Mula-mula dia ikut je, last2 dia conteng2 sampai dinding-dinding sekali.... Sabar je laaa...

Tekun kan?? Suka dia main kaler-kaler. Err abaikan background bersepah tu ye.


selepas 10 minit...

Mula la dia main conteng-conteng... tak perasan dia siap conteng dinding jugak. Biasala kan, budak-budak. Dulu aku menconteng dinding lagiiiii dahsyat. Sayang, tak ambik gambar hasil seni aku tu..haha


Hasil main kaler-kaler bersama Falah. Ada la sikit-sikit aku yang kalerkan. Haha.
Pastu aku tampal sticker ni kat dinding nak cover kesan contengan anak bujang aku ni.


Husband aku cakap "mcm rumah orang india", sebab macam mural yang lukis2 tu. Ah lantaklah, nanti lama2 kopek je laaaa (alasan). Meja tulis dia pun alih ke tempat lain buat kali ke-28 (T_T)


Nampak tak merah-merah kat bawah bibir Falah? Bibir dia pun kering dan merah. Takut HFMD tu je, bahaya...Nasib baik doktor cakap takda apa-apa. Cuma faktor cuaca kering dan kena minum air banyak, dan kena apply pelembab.

 

Monday, 18 June 2012

Impian



Assalammualaikum dan selamat petang.... Baru-baru ni something happened to me.. mula-mula memang rasa sedih, tapi lama-lama dah okey dan berdoa semoga Tuhan permudahkan segala urusan aku lepas ni. Apa benda tu tak perlu la explain, just ia berkaitan dengan kerja.

"Yang penting, kerja dengan ikhlas" bak kata suamiku. Kawan-kawan pun banyak bagi kata-kata perangsang, thanks a lot, dear friends.

Okey dalam sedih-sedih ni ade hati nak cerita pasal benda yang nak dicapai atau nak buat. Kami suami isteri dah bertekad untuk berhenti membeli benda-benda besar macam kereta ke apa ke, duit pun bukan ade nak beli, and TAK PERLU pun membeli (dalam masa terdekat). So targetlah benda lain yang lebih bermakna.


1.Mula-mula aku dah cakap dengan husband nak daftar Tabung Haji. Insyallah dalam tahun ni jugak nak daftar. Doakan la ye.

Dulu masa kecik ada tabung ni, sekarang hilang ke mana. Comelnya perasaan menabung masa tu. Sekarang ni nan adooo. Menabungla dari sekarang ye-pesanan untuk diri sendiri.



2.  Nak sambung Master. Tapi ini target bukan dalam masa terdekat kot, tapi kena ambik jugak. Bersemangat!!



3. Nak gi bercuti ke negara omputih. Tak kisahla London ke, Australia kee. Tapi macam berat ke arah London sebab nak naik bas merah.Dan pakai baju sejuk... Jakun gila kan. Bini sapaaaa la niiii. Ni pun tunggu anak besar-besar sikit, kalau ada rezeki apa salahnyaaa ;)


Comel kan? Dengar cite ada satu bas London ni kat Melaka kan, tapi dah tak function. Maklumlah, tak rajin menjelajah.... Tula, Malaysia pun tak abis round lagi, nak gi London terussssss. Hahahaha ~


Penuh harapan~~  Berusahalah!!

Friday, 1 June 2012

Torture

Ini adalah amalan turun temurun. Hehe. Suka tengok kanak-kanak pakai tudung...


Muhammad Falah (masa ni baru setahun)


Fatimah Maisarah kat rumah nenek. ;p 


 Lepas ni giliran anak saudara, si Darin pulakkkk...jaga kau. ;p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...