Friday, 1 June 2012

Torture

Ini adalah amalan turun temurun. Hehe. Suka tengok kanak-kanak pakai tudung...


Muhammad Falah (masa ni baru setahun)


Fatimah Maisarah kat rumah nenek. ;p 


 Lepas ni giliran anak saudara, si Darin pulakkkk...jaga kau. ;p

Wednesday, 30 May 2012

Zaman Lampau

Harini nak tukar template blog. Ade ke sesiapa kisah or perasan? Haha lantaklah yang penting aku dah tukar ke sesuatu yang baru....Sometimes benda yang sama je, bosan jugak kan. 


Harini tekak kering  tolong call potential students. Kelakar pun ade bila call dorang ni. Ada yang lelaki suara macam perempuan, ada yang masa call dia rupanya tengah register kat Insitut X.... Macam-macam la... Hehe tapi semuanya baik2 belaka, alhamdulillah semua berbudi bahasa. I loike. 


Masa tengah tengok2 gambar sambil call tu terjumpa balik gambar2 lama, rasa macam nak bunuh diri pun ade tengok gambar sendiri. Hew hew. 

Ni paling tak boleh blah. Masa matrikulasi. Kawan2 panggil aku Kak Long atau Bobo sebab aku pakai beg sandang jenama Bobo. "Jenama ke?" Haaa~ Pengsan....
 

Haritu ada jumpa salah sorang dr mereka, dan dia komen aku da tukar dari size S ke L. Cisss how dare you. Nasib baik aku bukan lagi slapper dan speaker. Zaman itu sudah berakhir. Bilik 009 tetap di hati. Haha bilik aku 138.. Aku pun pelik kenapa kitorang suka sangat bilik 009 tu. ;p

Kami bertiga sebilik memang menghurung bilik tu, HARI-HARI okkkkk. Kesian penghuni bilik tu. (Pae matrix, Ira dan Ija Chan). tapi ade kitorang kesah? Hahaha.



Bilik 429 Universiti Putra Malaysia (Kolej 12). Roommate lagi sorang Dd rasanya tiada sebab dia yang tukang ambik gambar. Aku sangat bernasib baik dr zaman matriks dan UPM semua roommate baik2, takde pun yang jahat mulut or pelik. Nampak mcm senior tak. Ade je yang percaya aku senior.  Aku memang x kecik ati. (T_T)

Motif latarbelakang poster F4?


Pae ade hias komputer dengan bunga2  lagi tak?
Dd  baca Sin Chan lagi tak? Tengok DVD tido lagi ke tak?
Esna ade lagikah baju supermanmu itu?


Masa praktikal. Yang tengah tu supervisor. Sampai sekarang dia dah macam abang sendiri dah. Lagi dua orang tu masih contact sekali sekala. Nasha and Lily. 


Awal tahun ni. Tapi masa ni baju ni masih longgar2, sekarang ni....dah makin ketat. Sekarang biarlah suami dan kawan2 di IMPERIA je dapat tengok aku yang semakin gemukssss. Rezeki dorang kan... 


Laki aku siap perli 


" Nanti Faizah gemuk mesti mcm kartun tu" 

Ada ke patotttttttttttt!!!!!!

Thursday, 24 May 2012

Jam


Hadiah harijadi tahun lepas yang aku belikan untuk husband aku serius dah rosak, siap tak bergerak dah. Sedihnyaaaa. Tu la, nak sangat yang tak pakai bateri. Dahla ganas, so beli jam apa-apa pun rosak jugakkkk. 

Yang tensionnya sikit-sikt nanti dia tanya "Pukul berapa?" 

Nasib baik tak tanya 'pukul berapa dato' harimau' Terus aku bertukar jadi harimau nanti. 

Jam ni nak betulkan kena pegi Jalan ape ntah kat KL tu.. kat Midvalley tu dia jual je, tak betulkan kalau rosak. Tak customer friendly ponnnn. Benci.


Aku memang tak boleh melaui hari2 seharian tanpa jam, macam tak lengkap je rasa hari tu. Pernah sekali tertinggal jam kat rumah mak, tapi aku tak ingat letak mana. Seksa betul masa tu pegi kerja takde jam. huu~~


Adekah jam tanpa bateri mmg lebih cepat rosak dari yg pakai bateri? Ataupun laki aku ni kena pakai jam yang semua tahan -gegaran, air, ketukan, serta amukan. hahaha. 

Sapa suruh rosakkan?

 ...........................................................................................................................
Okey, masuk ke bab yang lain pulak. Recently perasan yang pampers Falah macam dah muat2 je, dia dah pakai saiz XL dah. Kami dah pernah cuba biar dia tak pakai pampers lagi dan bagitahu "Nanti nak kencing ke berak bagitahu ok".
 
Tapi pesanan tu sia-sia je, sebab dia main buang je sesuka hati. Haha~~ Sebab dia tak pandai cakap lagi, mungkin. Ada tak tips lain nak ajar supaya dia tak pakai pampers lagi?
 

Thursday, 17 May 2012

Sakit kaki lagi

Saya baru je baik sakit kaki yang berkekalan sehingga berminggu-minggu, tapi sekarang ia menyerang kembali.


Masa tu doktor suruh X-ray. Alhamdulillah takde patah. Cuma doktor kata lambat baik sebab kaki kan tampung BERAT badan. Terasa aku. Haha. Tapi kannn krim yang doktor tu bagi memang berkesan. Alhamdulillah, thanks to you, Doc!

Oh ye, dorang sekarang amalkan program kitar semula tau. 

No more plastics for medication.


Semasa tengah kronik, jalan pun terhencot-hencot.


Harap-harap ia tak akan sakit mcm hari tu lagi. Sikit2 masih boleh tahan je. Doakan ye. 


Sunday, 29 April 2012

OSH Seminar and ABC

Last week my colleagues and I attended a Seminar at NIOSH, Bangi in conjuction of OSH day on 28th April every year.

We arrived at about 8.30 am. My fellow lecturers (Nadzirah, Aishah, Rosita, Bavani, Carmen) are all interested to be a part of the event as the topic of the seminar is related to Green Economy . They really have passion and eager in gaining new knowledge. My friend Nadzirah even want to pursue her study in Environment. I really adore her. 

Complete set of IMPERIA Institute of Technology's lecturers. From left: Ecah, Nadzirah, myself, Carmen and Bavani. Camerawoman: Ms Rosita. Seriously I need to reduce some weight. Ehh lari topik. 

Mdm. Bavani (Senior Lecturer) and Ms Rosita. (Taken from Ms. Rosita's blog). Given permission to do so. hehe.  




Dr. Khesson, s speaker from Thailand


All  of us agree that the presentation from SIRIM was the best. The presentation skill and even the slides was superb. I was happy when Tan Sri Lee Lam Thye (NIOSH Chairman) gave his speech in Bahasa Melayu and English. He also encourages OSH to be introduced to schools as the students are our next generation. 


Tan Sri Lee Lam Thye planted a tree as a symbol to Green Economy, Green Jobs and decent jobs. 



Ohhhh i totally forgot to snap a picture of the foods provided. They are super yummy, especially the vanilla muffin. Betolll tak tipu...I wish to attend other seminar in the near future. Very valuable and informative. 




Later that night, my husband and I hanged the ABCs and 123 that my boss (Head of Academic) gave me. She paint them herself for her son, but since her son is already 9 years old, she decided to give them to me. Sangat terharuuu okkkk...She is very talented and of course rajin! 


Cantik kan???


Study, study. Never been happier. What a bless. p/s : Alphabet tu beli kat POPULAR. Hehe




Peaceeeee ;p Pantang nampak kamera. Yang pakai kain pelikat tu pun sama je




Study and gaduh sekali. My precious. 




Friday, 27 April 2012

Long Holiday

Last week I managed to replace my leave, so it's a long holiday for me. Yeay! Mestilah perkara yang bermain2 di fikiran adalah 


"Nak pergi mana yeee???"


Aktiviti asal adalah berileks2 di rumah dan bermain dengan anak-anak, sambil marah-marah bila mereka degil. hoho. 

Sebenarnya truck kuning tu bukan untuk diduduki, Maisarah dah salah gunakannyeee (T_T). 


Malam tu ajak husband jalan-jalan gi JUSCO Balakong. Tak beli pape pun, makan-makan je. Tunggu gaji masuk la.... kering kontang poketku. Hahaha~


Tengok tu, adeeee je aktiviti dia. Masa ni tengah tunggu turn husband lak Solat Maghrib. Semput jadinya. 


Bilalah rambutnya nak panjang ni sayang oiiii? Tak sabar nak ikatkan ponytail. Hehehe.  Abahnya siap belikan gelang kaki tiruan sebab nak nampakkan dia girl. Boleh?


Sesi mengacau orang kat meja belakang. 


Adik join sekali. Masa ni terasa lama betul laki aku solat.  Ape solat Isyak sekali ke, Banggggg????


Kitorang window2 shopping jeee sambil melayan anak2 yang sibuk semua barang nak pegang-pegang. Pastu kita minum dululah !!!!!!!

Oooppsss sebelum tu lupa la haritu ade beli Wall deco untuk bilik anak2 (even dorang x tido bilik ni sebab dah pernah jatuh katil). Main lekat2 je, and dorang happy lekatkan bintang2 tu. 


Nampak macam lukisan kan? Kan? 

p/s: Almaklumlah beli je majalah hiasan dalaman, tapi nan adoooo. Tetap tak pandai. Hahaha. 


Saturday, 14 April 2012

New Ride


Last Friday kami dapat kenderaan baru ke office baru (Compnay aku pindah, bukan aku tukar kerja). Lama okkk buat kajian samada beli motor ni berbaloi ke tak, since nak kena bayar installment tetiap bulan. Kira punya kira, aku pun bersetuju untuk beli motor ni disebabkan beberapa perkara.

1. Toll aku naik kereta sehari ulang alik + parking =RM15++ sehari (naik motor x yah bayar tol n parking) ;p

2. Motor hubby sekarang body dia dah teruk, da tukar macam2 masih vibrate menyebabkan sekakitan punggung. Haha. Tapi motor dia still x jual untuk gi kedai atau pergi jalan dekat2. 


Ni la motornya. Kawasaki Ninja 250 SE. 


Husband aku teringin nak beli yang 600 cc punya. Aku tak setuju sebab motor tu lebih mahal, lagipun nak pergi balik kerja je, x perlu membazir. Kalau nak beli yang 600 cc kena tukar lesen lagi la, macam-macam sangat. Nanti sibuk la dia nak gi konvoi la ape la. Sorrryyyyyy. Dah tua nnt nak gi konvoi pegi la. I dont mind.... Anak tengah kecik ni duduk rumah sudah. 


Handsome tak? 


Serius baju ni panas tapi bila da kena angin mcm ok la pulak. Baju ni gedabak sebab dalam tu dah ada sekali baju hujan. Laki aku insist aku pakai full face helmet, dia kata lebih selamat. Dia tu boleh pulak tak nak pakai, sebab dia pakai je nak muntah. Pelik aku. Hihi. 


Rider perempuan tenonet. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...