Wednesday 30 May 2012

Zaman Lampau

Harini nak tukar template blog. Ade ke sesiapa kisah or perasan? Haha lantaklah yang penting aku dah tukar ke sesuatu yang baru....Sometimes benda yang sama je, bosan jugak kan. 


Harini tekak kering  tolong call potential students. Kelakar pun ade bila call dorang ni. Ada yang lelaki suara macam perempuan, ada yang masa call dia rupanya tengah register kat Insitut X.... Macam-macam la... Hehe tapi semuanya baik2 belaka, alhamdulillah semua berbudi bahasa. I loike. 


Masa tengah tengok2 gambar sambil call tu terjumpa balik gambar2 lama, rasa macam nak bunuh diri pun ade tengok gambar sendiri. Hew hew. 

Ni paling tak boleh blah. Masa matrikulasi. Kawan2 panggil aku Kak Long atau Bobo sebab aku pakai beg sandang jenama Bobo. "Jenama ke?" Haaa~ Pengsan....
 

Haritu ada jumpa salah sorang dr mereka, dan dia komen aku da tukar dari size S ke L. Cisss how dare you. Nasib baik aku bukan lagi slapper dan speaker. Zaman itu sudah berakhir. Bilik 009 tetap di hati. Haha bilik aku 138.. Aku pun pelik kenapa kitorang suka sangat bilik 009 tu. ;p

Kami bertiga sebilik memang menghurung bilik tu, HARI-HARI okkkkk. Kesian penghuni bilik tu. (Pae matrix, Ira dan Ija Chan). tapi ade kitorang kesah? Hahaha.



Bilik 429 Universiti Putra Malaysia (Kolej 12). Roommate lagi sorang Dd rasanya tiada sebab dia yang tukang ambik gambar. Aku sangat bernasib baik dr zaman matriks dan UPM semua roommate baik2, takde pun yang jahat mulut or pelik. Nampak mcm senior tak. Ade je yang percaya aku senior.  Aku memang x kecik ati. (T_T)

Motif latarbelakang poster F4?


Pae ade hias komputer dengan bunga2  lagi tak?
Dd  baca Sin Chan lagi tak? Tengok DVD tido lagi ke tak?
Esna ade lagikah baju supermanmu itu?


Masa praktikal. Yang tengah tu supervisor. Sampai sekarang dia dah macam abang sendiri dah. Lagi dua orang tu masih contact sekali sekala. Nasha and Lily. 


Awal tahun ni. Tapi masa ni baju ni masih longgar2, sekarang ni....dah makin ketat. Sekarang biarlah suami dan kawan2 di IMPERIA je dapat tengok aku yang semakin gemukssss. Rezeki dorang kan... 


Laki aku siap perli 


" Nanti Faizah gemuk mesti mcm kartun tu" 

Ada ke patotttttttttttt!!!!!!

Thursday 24 May 2012

Jam


Hadiah harijadi tahun lepas yang aku belikan untuk husband aku serius dah rosak, siap tak bergerak dah. Sedihnyaaaa. Tu la, nak sangat yang tak pakai bateri. Dahla ganas, so beli jam apa-apa pun rosak jugakkkk. 

Yang tensionnya sikit-sikt nanti dia tanya "Pukul berapa?" 

Nasib baik tak tanya 'pukul berapa dato' harimau' Terus aku bertukar jadi harimau nanti. 

Jam ni nak betulkan kena pegi Jalan ape ntah kat KL tu.. kat Midvalley tu dia jual je, tak betulkan kalau rosak. Tak customer friendly ponnnn. Benci.


Aku memang tak boleh melaui hari2 seharian tanpa jam, macam tak lengkap je rasa hari tu. Pernah sekali tertinggal jam kat rumah mak, tapi aku tak ingat letak mana. Seksa betul masa tu pegi kerja takde jam. huu~~


Adekah jam tanpa bateri mmg lebih cepat rosak dari yg pakai bateri? Ataupun laki aku ni kena pakai jam yang semua tahan -gegaran, air, ketukan, serta amukan. hahaha. 

Sapa suruh rosakkan?

 ...........................................................................................................................
Okey, masuk ke bab yang lain pulak. Recently perasan yang pampers Falah macam dah muat2 je, dia dah pakai saiz XL dah. Kami dah pernah cuba biar dia tak pakai pampers lagi dan bagitahu "Nanti nak kencing ke berak bagitahu ok".
 
Tapi pesanan tu sia-sia je, sebab dia main buang je sesuka hati. Haha~~ Sebab dia tak pandai cakap lagi, mungkin. Ada tak tips lain nak ajar supaya dia tak pakai pampers lagi?
 

Thursday 17 May 2012

Sakit kaki lagi

Saya baru je baik sakit kaki yang berkekalan sehingga berminggu-minggu, tapi sekarang ia menyerang kembali.


Masa tu doktor suruh X-ray. Alhamdulillah takde patah. Cuma doktor kata lambat baik sebab kaki kan tampung BERAT badan. Terasa aku. Haha. Tapi kannn krim yang doktor tu bagi memang berkesan. Alhamdulillah, thanks to you, Doc!

Oh ye, dorang sekarang amalkan program kitar semula tau. 

No more plastics for medication.


Semasa tengah kronik, jalan pun terhencot-hencot.


Harap-harap ia tak akan sakit mcm hari tu lagi. Sikit2 masih boleh tahan je. Doakan ye. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...